Wednesday, April 28, 2010

Sel darah putih tinggi??

Hmm, letih betul aku hari ni. Mana taknye separuh hari aku kat Ampang Puteri. Bawak Ashraf jumpa doktor. Kes demam lagi. Actually Ashraf dah mula demam hari Ahad. Aku bawak pergi klinik dulu. Then, doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Lepas 3 hari tak baik jugak. Demam dia on and off. Lepas makan ubat, panas badan turun. Dia mula aktif, ceria, bergurau senda dgn abang dia. Boleh makan dan minum susu tapi selepas 5 atau 6 jam, demam datang balik. Mulalah die terbaring je. Nak makan pun takde selera. Risau jugak aku sebab dalam jangka masa sebulan ni Ashraf dah 2 kali demam.

So hari ni masuk hari ke 4, aku bawak dia jumpa paediatrician, Dr Nasir. Di sebabkan dah demam 4 hari, Dr suruh buat ujian darah untuk tahu puncanya. Lepas dah ambik darah tu, dalam sejam dah dapat result aku jumpa Dr semula. Hasil ujian tu, Dr cakap sel darah putih Ashraf tinggi sikit berbanding biasa. Bile aku dengar Dr sebut sel darah putih, mata aku dah mula berkaca tinggal tak mengalir je. Dr tu dah senyum2 tengok aku yang terlebih emo ni.. hehe. Pastu Dr cakap lagi, platelet Ashraf normal. So, kalau sel darah putih tinggi, demam tu di sebabkan jangkitan bakteria. Kalau sel darah putih rendah, demam tu di sebabkan jangkitan virus contohnya denggi. Jadi sekarang ni bukan denggi. Lega sikit aku mendengarnya.

Pastu Dr tanye aku lagi, Ashraf dah pergi tadika ke?? Aku cakap baru sebulan. So, Dr kata mungkin itu salah satu puncanya. Kanak2 yang terdedah to new environment memang senang dapat demam ni. Mungkin di sebabkan persekitaran tadika tu atau percampuran dia dengan budak2 lain. So far yang aku lihat dengan mata kasar, tadika tu memang bersih. Kadang2 bila aku terlambat ambik budak2 ni, aku tengok pembantu tu tengah mengemop lantai. Semerbak bau sabun Dettol. Aku tak nak salahkan sesape sbb Ashraf ni pun ade bad habit jugak. Dia suka sangat masukkan tangan dalam mulut walaupun dah besar2 ni. Kalau kat rumah mmg aku kerap basuhkan tangan dia. Tapi kalau kat tadika tu, aku tak pasti pulak. Basuh tangan maybe sebelum dgn selepas makan je kot. Yelah, kalau satu cikgu handle 10 orang budak, memang tak boleh nak expect lebih2 la kan.

Rawatan untuk demam ni ialah antibiotik yang sesuai. Masalahnya, proses nak mencari antibiotik yang sesuai tu ambik masa sikit. Tadi, doktor dah bagi antibiotik baru. Dr suruh tengok dalam masa 3 hari. Kalau tak baik jugak, Ashraf kena admitted. Pastu nanti Dr akan beri antibiotik yang berbeza setiap hari untuk mencari antibiotik yang sesuai dgn badan dia sampai sel darah putih tu kembali normal. So tadi aku dah beri Ashraf antibiotik 'CEDAX'. Sekarang die tengah tido. Kena tunggu dan lihat dalam masa 3 hari ni. Hope everything goes well. InsyaAllah..

8 comments:

ct rahani said... BALAS

alahainya ciannya dia demam.. auntie doakan ashraf semoga cpt sembuh k.. :p

shaza79 said... BALAS

tq ct.. ;-)

Anis Radzi said... BALAS

kak..anis rasa reason yang kuat sebab hantar anak kat tadika kot sebab dulu, anis ada hantar danial kat tadika...dia asyik demam je..selang 2 minggu demam pastu tambah ngan kena selsema lagi kak. Bila anis stop hantar tadika, dia dah OK. tapi masa dia demam..Allah je tahu perasaan kami..jadi tak senang duduk, asik merengek, menangis..makan pun tak lalu..huhuh

AieZa said... BALAS

moga ashraf cpt sembuh.. aku pun tak brp nk paham sel darah rendah n tinggi nih..

syida said... BALAS

cepat baik ashraff, nanti mama belikan ben10 banyak2.

shaza79 said... BALAS

@Anis, dr pun cakap tu faktor utama. buat masa ni kena sabar dulu sbb badan dia baru nak sesuaikan dgn keadaan baru..

@Ainal, dulu aku pun tak berape paham tapi konsep dia senang je. bila kita demam, kalau sel darah putih tinggi puncanya bakteria, kalau rendah puncanya virus. sbb ubat untuk bakteria ni virus ni berbeza..

@Syida, huhu.. kalau mama syida yang beli bole??

mataku pedas said... BALAS

kesiannya ashraff...semoga cepat sembuh...

rozana said... BALAS

shAZA,
dr ni mmg kasi saspen..
kalo aku mmg terduduk terus dgr
statement mcm tu..
tp aku rasa dr tu dh cuba sedaya upaya die mengurangkan jargon dlm percakapan die..:)
jgn bimbang,
musim skang ni x menentu..
penyakit dh semakin bermutasi,
jd ubt yg kite selalu guna
biasanya dh jd permainan virus/bakteria tu..
insyaAllah dr tu dpt gk carik ubt yg sesuai tuk ashraff
yg penting ko kna slalu perati die..kalo kaku n telinga sejuk sgt2..means demam tinggi..
mata berkaca pn sama..demam tinggi..
try sejukkn dia..