Friday, May 25, 2012

Preloved Graco Pack&Play

Dah lama tak buat entry baru, tiba2 nak buat iklan pulak. Tumpang lalu yer.. Setakat ni takde idea lagi nak tulis pasal ape. Bak kate kak long.. 'kering-kontang'. So hari ni nak jual barang pulak..

Preloved Graco Pack&Play untuk di jual. Condition 9/10.. Macam baru sebab baby Ashlyn tido kat dalam tu cuma 3 minggu sahaja. Nak jual sebab kat rumah ni dah ade baby-cot tapi kannn dulu excited sangat nak dapat baby baru.. semuanya nak beli. Sekarang.. ambik kau... heheheheh.. Harga beli dulu RM 599.. Sampai sekarang harga play-pen ni tak turun2.. Waktu sale pun takde diskaun.. Tak caye cuba gi tengok kat mothercare ke.. mom's care ke.. Saya nak jual mestilah lebih murah dari harga beli kan. Sesape berminat boleh email kat shazarina79@yahoo.com.my..





Thursday, April 26, 2012

Tragedi April


Dah setahun lebih Arif naik van sekolah.. Entah kenapa semalam tiba2 dia buat peel pulak.. Van sekolah belum berhenti betul kat depan rumah.. tapi dia dah bukak pintu dan lompat.. Pastu landing tak betul terus jatuh terlentang atas jalan. Saya masa tu kat dalam rumah. Dengar bunyi van dia kat luar.. rasa heran jugak kenapa Arif tak masuk2. Selalunya dari jauh dah dengar suara dia bagi salam..

Pastu terdengar suara dia meraung.. Bila saya keluar, nampak driver van tu tengah papah dia. Berdarah kat tangan dengan kepala.. Bila tengok luka kat kepala tu memang ngeri sikit walaupun kecik.. Pastu nak masuk rumah pun jalan terhoyong-hayang.. Dia cakap pening kepala. Terus dia kata ngantuk, nak tido.. Saya pun panik la..

Tak lama pastu mr hubby balik. Terus bawak dia pegi A&E. Luka kat tangan tu tak berapa risau sangat tapi yang kat kepala tu memang seriau. Walaupun luka nampak kecik tapi masa jatuh tu kepala dia terhentak sikit kat jalan. Kepala tu luka sebab kena batu..

Sampai kat A&E, nurse terus check dan bersihkan luka tu. Pastu doktor check bahagian luaran semua ok. Cuma luka dengan lebam sikit kat tangan dengan belakang bahu. Doktor suruh buat CT Scan untuk check kot2 ade cedera kat dalam kepala..






 CT Scan sedang di jalankan..



Dalam 15 minit result CT Scan keluar. Alhamdulilah, takde kecederaan dalaman. Tapi doktor suruh pantau dalam masa 48 jam. Kalau ade muntah2 atau dia tido je, terus bawak hospital. Nasib baik luka yang kat kepala tu tak perlu jahit. Cuma pakai gam kulit. Bila dah balik tu, saya tanya dia.," nak buat stunt lagi tak lepas ni??" Terus dia geleng kepala.. Sabar aje la...




kena gondol sikit kat bahagian luka tu..





Monday, April 16, 2012

8

Hari ni genap umur Arif 8 tahun. Dari awal tahun lagi dia dah tanya pasal birthday dia. Siap pangkah2 kat kalendar lagik. Macam orang bercinta pulak menghitung hari nak pegi dating... huhuhu..



 bulan Januari..



.. April..

Mula2 dia nak buat birthday party kat sekolah.. Eh, mane boleh.. awak bukan kat tadika lagi. Pastu dia nak buat birthday party kat rumah pulak.. tapi ade ke kawan2 yang nak datang.. Kawan2 dia yang duk satu taman ni pun cuma 2 orang jer.. Akhirnya, saya cadangkan buat goodie bag pastu bagi kawan2 satu van sekolah. Ok lah dia setuju..

Puas jugak memikir apa yang nak di letak dalam goodie bag tu.. Kalau ikutkan Arif, memang macam2 yang dia nak tapi saya pantau jugak.. Mula2 ingat tak nak letak jajan tapi last2 letak jugak.. Tu pun tapis2 lagi.. cari yang no cholesterol.. yang fat free.. yang less sugar.. Kalau dah name jajan, ade ke yang berkhasiat?? Takpe la, sekali sekala na..







Selamat hari lahir Arif. Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan Arif.. Semoga menjadi seorang yang berguna kepada agama dan negara .... Amiinnn...



birthday boy..




Thursday, April 12, 2012

cukur bantal

Sekarang rambut Ashlyn dah tumbuh sebanyak 1 cm.. ( siap ukur lagik ).. tapi.. yang peliknya lain pulak pesen rambut dia tumbuh.. Arif dgn Ashraf dulu pun cukur jugak kepala tapi takde pulak cenggini..



elok je ade garisan kat tengah2 tu..




Orang tua2 kata itu adalah cukur bantal. Terus teringat Daddy Ziyyad dengan Kak Ngah pun ade buat entri pasal cukur bantal dulu.. Bila tgk gambar baby Zayyan dengan Raissa.. hehehe.. lain sikit pesen rambut dengan Ashlyn. Orang tua2 kata cukur bantal ni terjadi sebab kepala baby kat atas bantal so rambut tu tak tumbuh/gugur.. Tapi yang herannya Ashlyn tido meniarap.. so bahagian belakang kepala memang tak kena bantal.. tapi kenapa rambut tak tumbuh jugak?? Dan orang tua2 kata lagik, kena cukur sekali lagi baru rambut tu tumbuh sekata.. Betul ke?? Kalau boleh saya tak nak cukur lagi sebab dah tak sabar2 nak tunggu rambut dia panjang.. nak pakaikan reben.. hehehehe..





Thursday, April 5, 2012

krisis identiti

Apa kena-mengena tajuk dia atas dengan entri saya ni?? Suka hati la kan nak letak tajuk apa. Puas dah memikir tajuk yang sesuai.. Sebenarnya saya nak cerita.. lepas botakkan rambut Ashlyn tu memang berbeza betul rupa dia. Ala2 ganas pun ade. Masa Arif balik sekolah tgk adek dia dah botak, terus dia komplen kenapa Ashlyn botak.. Pompuan mana boleh botak.. Puas le jugak explain kat dia. Ashraf pulak bukan main gelak lagi tengok adik dia botak...

Pastu bila bawak Ashlyn pegi kedai atau kat sekolah Ashraf, ramai pulak yang tanya, ".. baby boy ke??..". Padahal dah jelas dan terang Ashlyn tengah pakai baju bunge2.. stokin pun bunge2. So jalan penyelesaiannya.. satu hari saya pegi JJ dan beli headband. Terus pakaikan kat kepala dia. Mula2 Ashlyn macam rimas je sebab ade benda kat kepala dia. Tapi dah lama2 tu macam pasrah pulak.. Hehehehee..

Sejak pakai headband tu takde lagi soalan pasal jantina ni. Kalau ade yang confused jugak, tak taulah nak buat apa lagi kan. Lepas ni boleh lah mama dia beli headband yang glamer sikit.. ala bunge2 macam Raissa.. heheheheee..




 ".. cantik tak headband saye??.."



pink polkadot lagik..




Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #4



 

 sebelum..


selepas..


p/s.,
cepatlah tumbuh rambut.. tak cun lah botak camni.. hehehehe..


Sunday, March 25, 2012

cukur jambul..

Pada 15 Mac lepas berlansung majlis cukur jambul Ashlyn kat rumah mak saya. Bertolak dari KL hari Rabu. Pukul 5 petang keluar dari rumah pastu ambik mr hubby kat Menara C. Ingatkan bila keluar awal jalan clear tapi sangkut jugak kat Jalan Tun Razak. Pukul 10.30 malam baru sampai JB..

Hari Khamis tu dari pagi sampai petang busy menyiapkan door gift untuk kumpulan yasin dan tetamu. Makanan sume order je. Nak masak sendiri memang tak sempat sebab tak cukup kakitangan.






door gift..

Kumpulan yasin di datangkan khas dari Taman Sri Skudai. Kat sebelah Taman Sri Putri jer. Mak saya memang ahli kumpulan ni. Dulu dia aktif, tiap2 minggu ade jemputan tapi sejak abah sakit kuat.. dah lama dia tinggalkan.

Majlis bermula pukul 8.15 malam. Mula2 bacaan yasin untuk abah dengan niat agar sembuh dari penyakitnya. Pastu marhaban dan cukur jambul mula pukul 9.30. Nasib baik Ashlyn tak meragam sebab biasanya waktu camtu dia dah tido..





nenek Ashlyn..

mata dah ngantuk..




Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun persiapan di lakukan di saat2 akhir. Terima kasih pada yang sudi datang. Next time datang lagi yer.. Eh, ade lagi ke?? ngeh ngeh ngeh...